TENTERA Korea Utara semalam dikatakan telah melepaskan beberapa bedilan artileri ke arah sempadan negara itu dengan Korea Selatan, sesuatu yang dianggap Korea Selatan sebagai latihan ketenteraan negara komunis itu.
Kesemua tembakan itu bagaimanapun jatuh ke perairan berdekatan Pulau Baengyeong. Jurucakap tentera Korea Selatan dilaporkan sedang meneliti dan menyiasat insiden itu.
Bedilan artileri Korea Utara itu adalah yang terbaru selepas negara berkenaan melepaskan bedilan ke Pulau Yeonpyeong, membunuh 4 rakyat Korea Selatan, termasuk dua tentera marin pada 23 November lalu.
Bedilan artileri Korea Utara itu juga dipercayai bertujuan menyeimbangi latiahn ketenteraan yang kini dilakukan bersama antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat di sempadan perairan kedua-dua negara.