nuffnang ads

Friday, December 10, 2010

FUNGSI TANDAS SEMAKIN MELUAS: TANDAS ADALAH OBJEK PALING BANYAK MENYIMPAN RAHSIA

TUGAS hakiki tandas seperti ditetapkan dalam offer letter sejak azali ialah membuka mulut untuk menelan najis manusia. Itulah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kakitangan jabatan dunia bernama tandas.

Soal sama ada tandas itu akan ditutup atau dibiarkan terbuka untuk menikmati penghawa dingin percuma, bukan tanggungjawab tandas lagi. Itu tanggungjawab manusia. Jika manusia tidak malu dan aib untuk meneran dan mimik wajahnya dibenarkan boleh dilihat oleh orang lain, dia akan memilih tandas terbuka. Bagi manusia yang ada sedikit malu, mungkin atas sebab-sebab tertentu, misalnya kecacatan pada tubuhnya, dia akan memilih atau lebih selesa menggunakan tandas tertutup.

Namun semakin zaman berubah dan semakin moden kehidupan dunia ini, fungsi tandas semakin bertambah. Tandas yang asalnya digunakan untuk memikul tugas hakiki menelan najis manusia, diberikan tugas melampau. Kini tandas terpaksa memikul beban tugas kadang-kala di luar kemampuannya.

Walaupun tidak menerima kenaikan gaji atau bayaran lebih masa kerana menjalankan tugas 24 jam sehari selama tujuh hari seminggu, tandas kini dijadikan tempat untuk perkara-perkara berikut:
 1.Membuang bayi
 2.Melakukan seks melibatkan manusia dua jenis
 3.Melakukan seks antara manusia sejenis
 4.Membuang duit(kes ini terjadi di Sabak Bernam tiga tahun lalu bila seorang pegawai penguatkuasa wanita sebuah jabatan kerajaan diburu kerana mengambil rasuah. Dia campak duit beribu ringgit dalam tandas dan pam. Tapi duit kertas macam manalah nak tenggelam dengan mudah!)
 5.Dijadikan model kerusi untuk pelanggan restoran
 6.Tempat meluahkan perasaan ghairah atau marah
 7.Lokasi strategik untuk merakam orang kencing!
 8.Tempat untuk mencari duit (kutip bayaran masuk)
 9.Habitat aedes
10.Menjadi tempat persembunyian budak yang lari dari berkhatan....

Dan macam-macam lagi. Hanya tandas yang tahu dan hanya tandas yang menyimpan rahsia kebodohan dan kebobrokan manusia! Tandaslah objek yang paling amanah menyimpan rahsia manusia!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10