POLIS menangkap seorang lelaki kerana disyaki menghina almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhun Sultan Ismail Johor, sejurus dia melakukan penghinaan itu di dalam laman sosial facebooknya.
Lelaki berusia 40 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan dia dijangka didakwa pada bila-bila masa sahaja.