nuffnang ads

Tuesday, December 14, 2010

TERKINI; LAGI BUAYA TEMBAGA DITEMUI DI PANTAI. KALI INI DI PANTAI TELUK CEMPEDAK

SELEPAS beberapa kali pengunjung pantai Teluk Kemang dan Blue Lagoon di Port Dickson terserempak buaya tembaga menimbulkan diri dan kemudian bangkai seekor buaya tembaga ditemui mati di laut Tanjung Agas, berdekatan Kuala Linggi, kini kisah buaya muncul lagi.

Malam tadi seekor buaya tembaga berukuran panjang lebih 3 meter dilihat terdampar di pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang.

Buaya berkenaan yang dianggarkan beratnya melebihi 200 kilogram dilihat beberapa pengunjung seperti tersesat dan terdampar di kawasan berbatu pantai berkenaan.

Pegawai Jabatan JPAM Kuantan, Mohamad Irwanis, berkata selepas mendapat panggilan daripada orang ramai pihaknya menghantar lapan anggota untuk memantau keadaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10