nuffnang ads

Monday, December 13, 2010

TAN SRI MUHAMMAD TAIB BAKAL TERAJUI UMNO SELANGOR?

Bekas Menteri Besar Selangor yang juga bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, disebut-sebut antara bakal menerajui Umno Selangor sebagai satu usaha untuk memperkukuhkan parti itu yang kini dikatakan semakin layu.

Selepas Khir Toyo dihadapkan ke muka pengadilan, Umno dikatakan semakin lesi dan banyak pihak terutama di peringkat akar umbi Umno mahukan Mat Taib diberi tugas menerajui Umno untuk menguatkan kembalai parti itu.

Akar umbi dikatakan kurang bersetuju jika Noh Omar dilantik andainya Najib yang kini pengerusi Umno negeri membuat rombakan. Mereka hanya bersetuju jika Noh diberi tugas membantu Mat Taib yang jauh berpengalaman untuk 'bertempur' Pakatan Rakyat yang kian mencengkam kuat kuasa dan pengaruhnya di negeri termaju itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10