Jumpa mayat di Sungai Klang sudah biasa. |
Setakat ini hampir setiap minggu, mayat ditemui terapung dan kadang kala tersangkut di Sungai Klang. Fenomena ini telah lama berlaku dan ia seolah-olah menjadi biasa di kalangan angggota bomba dan penyelamat menerima panggilan mengenai penemuan mayat di sungai itu.
Apakah kerana mayat manusia kini telah setaraf dengan sampah sehingga penemuannya menjadi perkara biasa di kalangan kita.
Ada di antara mayat berkenaan dipercayai mangsa bunuh, sesetengah mayat yang lain mangsa lemas dan penagih dadah. Namun paling menyedihkan, Sungai Klang turut menjadi sasaran di kalangan pembuang bayi, khususnya anak yang dilahirkan luar nikah.
Apakah kita akan terus disajikan dengan situasi sebegini? Membenarkan mayat terus terapung di Sungai Klang, hanyut dibawa arus bersama timbunan sampah-sarap.