nuffnang ads

Saturday, December 25, 2010

SWASTAKAN SAHAJA MENCARI PENIPU IKLAN HARIAN METRO

PENIPUAN dilakukan seorang lelaki yang sering menyamar sebagai Abdul Ghafar Ismail, Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, kini masih berlarutan. Walaupun kes berkenaan dikatakan telah lama berlaku dan banyak juga laporan polis telah dibuat, namun si penjenayah masih bebas lepas.

Terfikir juga kalaulah diswastakan untuk memberkas si penjenayah itu dengan upah tertentu, barangkali siapa dia yang terbabit mungkin dapat dibawa ke pengadilan dan gambarnya juga boleh dipaparkan di muka depan Harian Metro!

Kes penipuan dilakukan si penipu itu bukan sekali dua, tetapi telah banyak kali sehingga bekas pengusaha kosmetik yang mati dibunuh, Datuk Sosilawati Lawiya juga pernah menjadi mangsanya, kerugian RM5,300.

Dalam kes terbaru, si penipu hampir sahaja memperdaya pemilik syarikat perabot di Rawang yang meminta dimasukkan wang tunai RM2,850. Bagaimanapun, mangsa sempat menghubungi unit iklan Harian Metro dan terhindarlah dia daripada terjebak dalam penipuan bersiri ini.

Si penipu menggunakan akaun atas nama SHAMSUL RIZAL MOHD ABD HALIM apabila mendesak mangsa memasukkan wang bagi bayaran 10 iklan di dalam Harian Metro yang kononnya sebagai cukai penyiaran Kementerian Dalam Negeri.

Modus Operandi si penipu ini ialah dengan menghubungi pengiklan dan mendakwa berlaku kesilapan iklan dalam akhbar Berita Harian yang juga kekanda kepada Harian Metro. Sehubungan itu dia akan menawarkan 10 iklan di dalam Harian Metro tetapi mengenakan bayaran tertentu konon sebagai cukai.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10