nuffnang ads

Saturday, December 25, 2010

CEKUP SEGERA SINDIKET JUAL MYKAD PALSU KEPADA WARGA ASING

KEWUJUDAN sindiket menjual Mykad palsu bermutu tinggi kepada warga asing di negara ini, terutama kepada rakyat Indonesia wajar diberi perhatian serius dan perlu dijadikan agenda nasional, bagi memastikan ia tidak menjadi duri dalam daging pada masa depan.

Kegiatan ini yang jika tidak dibanteras bakal menggoncang keselamatan negara, selain boleh mencetuskan pelbagai implikasi sosial dan ekonomi di negara kita.

Penggunaan kad pengenalan palsu yang jika dilihat sekali imbas gagal membangkitkan rasa curiga pihak berkuasa ini, terbukti apabila dalam kes terbaru petang semalam, seorang warga Indonesia keturunan Acheh ditangkap di Chow Kit kerana memilikinya.

Syukur, Tuhan menunjukkan jalan apabila lelaki itu masih pekat berbahasa Indonesia sehingga menimbulkan prasangka polis. Jika tidak, sudah tentu dia seperti juga ada yang lain akan bebas lepas.

Pengakuan lelaki itu yang mengatakan dia memperolehi Mykad palsu itu dengan harga RM5,000 daripada satu sindiket adalah bukti kukuh yang menunjukkan betapa soal keselamatan negara ini tidak boleh dipandang ringan atau dikompromi. Telah wujud prima facie untuk kita bertindak!

Itu baru yang berjaya diberkas, bagaimana pula dengan yang lain yang masih lepas bebas? Mereka ini selain memiliki pengenalan palsu itu dengan tujuan memudahkan pergerakan, juga tidak mustahil mempunyai agenda lain yang hanya mereka sahaja mengetahuinya.

Bagaimana jika pemilik kad pengenalan palsu ini memperdaya gadis tempatan untuk berkahwin, atau menjadi pekerja di kawasan atau zon keselamatan? Bagaimana kalau mereka melakukan jenayah berat seperti pembunuhan atau rompakan jutaan ringgit dan meninggalkan kad pengenalan palsu itu di tempat kejadian. Terlalu banyak kemungkinan buruk yang boleh kita baca.

Oleh itu, kewujudan sindiket menjual Mykad palsu ini mesti dibanteras, sama bahayanya dengan kewujudan ribuan kedai runcit Acheh di seluruh negara yang didiamkan sahaja tahun demi tahun. Tidakkah kita terfikir bahawa semua ini bagai api di dalam sekam yang akan menjulang apinya dan sukar dipadam apabila tiba waktunya!

Apatah lagi pembongkaran wujudnya kegiatan pengganas Indoensia yang lari ke negara ini selepas melakukan jenayah di negara mereka. Mestikah kita harus duduk berdiam lagi?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10