nuffnang ads

Friday, December 10, 2010

SUSULAN KES BUNUH DOKTOR TAWAU: POLIS TEMUI SESUATU SEBAGAI PETUNJUK BANTU SELESAIKAN KES PEMBUNUHAN DR LIM TOW KIAT

POLIS dikatakan menemui 'sesuatu' dipercayai boleh dijadikan petunjuk amat bermakna dalam siasatan kes pembunuhan Dr Lim Tow Kiat, pegawai perubatan yang dikenali dan disenangi penduduk di Tawau, Sabah.

Bagaimanapun, difahamkan sehingga kini pasukan penyiasat masih merahsiakan petunjuk itu daripada pengetahuan umum bagi mengelak ianya menjejaskan proses siasatan.

Kematian Dr Lim yang berasal dari Johor dan mempunyai klinik serta dikenali penduduk setempat sebagai amat peramah dan berhemah ketika menjalankan tugas mengejutkan pelbagai pihak.

Ini kerana pembunuh terbabit dipercayai seseorang yang dikenalinya, berdasarkan tiada kesan pecah masuk ke rumahnya di Taman Bunga Tulip, Tawau. Malah tiada barangan berharga milik mangsa dilaporkan hilang. Cuma dikatakan berlaku sedikit 'perbalahan' di antara mangsa dan suspek sebelum dia dibunuh.

Sehingga kini, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, dipetik memberitahu media bahawa siasatan awal mendapati satu kesan luka tikaman di dada mangsa yang berusia 49 tahun tetapi masih bujang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10