NIAT asal untuk menyelamatkan seorang ahli keluarga yang tenggelam dipukul ombak, namun semuanya berakhir dengan tragedi apabila lima lagi ahli keluarga yang lain yang cuba menyelamatkan mangsa, dikhuatiri terkorban akibat lemas di Pantai Cendering, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak, berkata mangsa yang cuba diselamatkan pula bagaimanapun terselamat apabila berjaya berpaut pada batu.
Menurutnya, tragedi itu membabitkan enam sekeluarga yang datang berkelah di pantai itu hari ini. Bagaimanapun, ketika salah seorang sedang mandi, dia tenggelam dipukul ombak.
Berikutan itu, kesemua lima ahli keluarga yang lain cuba menyelamatkan mangsa, tetapi bertukar tragedi di sebaliknya. Kelima-lima lemas dan sehingga petang tadi, hanya dua mayat berjaya ditemui, iaitu Roshini Shanmugan dan adiknya Kumada Shanmugan.
Tiga yang masih belum ditemui ialah Raymond, Morgan dan Vijaykumar. Kesemua mereka berasal dari Klang, Selangor.