nuffnang ads

Friday, December 10, 2010

SUSULAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DITANGKAP KHALWAT: PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA KESAL

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal ada pegawai kehakiman syariah turut terpalit dengan kes bersekedudukan sedangkan ia tidak wajar berlaku.

Idris Musa HM dipetik melaporkan, Timbalan Presidennya, Musa Awang, berkata pihaknya memandang serius isu itu kerana seseorang hakim syarie sepatutnya menjaga etika dan tatatertib selaras dengan pandangan tinggi masyarakat.

Namun, katanya, tangkapan yang dibuat penguatkuasa jabatan agama menunjukkan pihak terbabit tidak memilih bulu atau orang tertentu sekali gus membuktikan penguatkuasaan dilakukan secara adil dan saksama.

"Hakim juga tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan jika melakukan kesalahan. Jika perkara berkenaan betul berlaku, ia perlu didakwa di mahkamah dnan menghadapi pengadilan sewajarnya.

"Tetapi perkara ini biarlah diselesaikan mengikut proses undang-undang dan bukan disensasikan supaya ia tidak disalah erti masyarakat awam" katanya mengulas kes hakim syarie dicekup khalwat yang disiarkan Harian Metro semalam.

Sementara itu, polis mengesahkan tangkapan khalwat seorang hakim Mahkamah Tinggi yariah yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Pulau Piang, Ahad lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yacob berkata pihaknya menerima laporan tangkapan dibuat pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) pada hari kejadian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10