nuffnang ads

Wednesday, December 22, 2010

SUBANG JAYA: PEMILIK PASAR SEGAR MAUT DITEMBAK

SEORANG pemilik pasar segar di Subang, maut apabila ditembak dua das di kepalanya oleh dua lelaki menaiki sebuah motosikal di Jalan USJ 1/1, Subang Jaya, Selangor, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC 11 Mohd Adnan Adullah, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dalam 50-an mahu meninggalkan premis niaganya, kira-kira jam 9.30 malam bersama seorang kenalan wanita berusia 30-an.

Menurutnya, dua lelaki menaiki motosikal berwarna merah mendekati mangsa yang ketika itu sedang mengundurkan kenderaannya, lalu melepaskan dua das tembakan ke kepala mangsa.

Mohd Adnan berkata, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian akibat tembakan itu tetapi kenalan wanitanya terselamat.

Polis sedang menyisat motif di sebaik kejadian dan tidak menolak ada kemungkinan ia membabitkan pembunuh upahan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10