DUA lelaki warga Malaysia yang bekerja di sebuah ladang rumpai laut yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina sejak 2 Februari lalu, berjaya dibebaskan oleh pihak berkuasa negara itu, semalam.
Kedua-duanya, Tsen Vui Chung, 41 dan Lai Wing Chan, 26, dibebaskan kira-kira jam 6 pagi semalam di satu kawasan dirahsiakan di Pulau Tawi-Tawi, di selatan Filipina.
Keluarga mangsa mengesahkan telah menerima berita pembebasan mereka. Difahamkan mereka kini dalam perjalanan dibawa ke Manila untuk bertemu pegawai kerajaan Filipina dan telah diberikan tiket untuk penerbangan ke Kota Kinabalu.
Pada 2 Februari lalu, Tsen dan Lai, diculik oleh lelaki bersenjata di depan ladang rumpai laut tempat mereka bekerja di Pulau Sebangkat, di derah Semporna. Kumpulan lelaki terbabit dipercayai meminta tebusan tertentu bagi pembebasan kedua-dua mangsa.
sumber-The Star