nuffnang ads

Wednesday, December 8, 2010

SUAMI DITAHAN: DALANG PEMBUNUHAN ISTERI YANG DIKAHWINI SEMINGGU, KETIKA BERBULAN MADU

Shrien (kiri) mengupah orang membunuh isteri, Anni Dewani yang baru seminggu dikahwininya...

SEORANG ahli perniagaan pulang ke Britain selepas beberapa hari isterinya 'diculik' dan kemudian ditemui mati ketika mereka berbulan madu di Afrika Selatan.

Bagaimanapun, semalam polis Britain menahan lelaki itu, Shrien Dewani,30, atas tuduhan berkonspirasi dan menjadi dalang pembunuhan isterinya itu.

Menyedari tembelangnya pecah, Shrien menyerah diri kepada polis Bristol dan ditahan oleh Polis Metropolitan London, bagi pihak berkuasa Afrika Selatan.

Menyorot kejadian, pada 13 November lalu, pasangan itu menaiki teksi ketika berbulan madu di Cape Town. Bagaimanapun, di tengah perjalanan teksi mereka naki ditahan beberapa lelaki dan terus melarikan kereta itu bersama isterinya, Anni Dwani, 28.

Shrien dilepaskan di tengah perjalanan, manakala keesokannya mayat Anni ditemui di dalam teksi yang mereka naiki di pinggir Cape Town.

Segalanya selepas itu seperti mudah bagi Shrien, namun apabila polis Afrika Selatan menahan 3 lelaki untuk disiasat, kesemuanya mengaku perbuatan itu didalangi oleh Shrien sendiri. Malah pemandu teksi yang membawa mereka adalah suspek utama yang diupah Shrien untuk membunuh isteri sendiri!

Pemandu teksi itu mengaku bersalah dan kini baru sahaja menjalani hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan mahkamah di Cape Town- AFP

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10