nuffnang ads

Wednesday, December 8, 2010

FILEM NGANGKUNG KUTIP RM10 JUTA DALAM SEMINGGU! DAVID TEO HEBAT!

DALAM seminggu filem Ngangkung ditayangkan di pawagam seluruh negara, David Teo telah berjaya mengutip RM10 juta!

Ini kutipan yang amat besar. Amat-amat besar. Besar amat-amat bagi seorang pengeluar filem yang dulunya satu hapah pun tak tahu fasal filem!

David tak pergi ngangkung untuk siapkan filem Ngangkungnya. David hanya mengangkang menunggu selepas bekerja keras.

Satu lagi kejayaan David yang dikatakan orang ialah David satu-satunya produser yang tak akan melayan godaan perempuan seksi untuk jadi pelakon. David akui, dalam dunia lakonan 90 peratus pelakonnya amat menggedik-gedik sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk popular. Bila David berjaya menolak semua ini, dia akhirnya berjaya.

Tahniah David. RM10 juta seminggu satu kejayaan luar biasa!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10