nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

SOROK DALAM KELAMBU PUN ORANG TAHU: SOALNYA KEBODOHAN DAN PEMBAZIRAN

APAKAH penyakit kencing manis yang dihidapi rakyat negara ini terlalu kronik sehingga kerajaan bimbang jika tidak diingat dan dinasihati, maka penyakit itu akan boleh menyebabkan Malaysia akan tergadai kepada negara lain?

Kalau tidak percaya kepada ketakutan keterlaluan kerajaan terhadap penyakit kencng manis ini, lihat sahaja jutaan ringgit yang dilaburkan untuk menempah iklan di televisyen dan akhbar cetak megenai penyakit itu.

Bagi yang tidak tahu atau memiliki akal hanya sehala, tentu menyetujui bahawa iklan itu amat berguna kepada rakyat untuk mengingatkan betapa bahayanya kencing manis! Bagaimana tentang penyakit jantung, sengugut, H1N1, barah, selesema, batuk kering, taun, malaria, denggi, anjing gila dan pelbagai macam sakit lagi? Adakah kita akan menempah iklan untuk mengingatkan rakyat?

Sebenarnya, disorok dalam kelambu atau bilik kebal pun, rakyat tahu bahawa iklan itu ada niat untuk memujuk rakyat berikutan kenaikan harga gula!

Demikian kebodohan kita apabila merawat penyakit. Macam merawat sakit kencing manis. Mula-mula potong jari, kemudian potong paras buku lali, kemudian potong paras paha, kemudian potong paras badan dan kemudian sekali potong nyawa pesakit!

Sepatutnya kerajaan tidak perlu menghabis atau membazirkan wang ringgit untuk menempah iklan yang berpunca daripada kenaikan gula! Dengan peruntukan berjuta ringgit itu kerajaan boleh melakukan pelbagai projek bagi menanam tebu dan menghasilkan gula sendiri di negara yang subur ini!

Kenapalah susah sangat untuk mentransformasikan akal dan minda bagi mengatasi masalah yang dicetuskan sendiri? Kenapalah masalah kemalasan kerajaan untuk merancang penanaman tebu di negara ini tidak dirawati terlebih dulu? Diulangi lagi, Malaysia ini negara padang pasirkah, sehingga susah sangat menanam tebu untuk menghasilkan gula?

Kenapa sanggup bersusah payah, berbelok ke kiri kanan untuk menyejukkan hati rakyat membazirkan wang berjuta ringgit semata-mata kerana masalah gula ini?

Apakah kita hanya berminat untuk menanam anggur? Bidang pertanian yang menjadi ruang untuk memenuhi keperluan rakyat diabaikan begitu sahaja.

Rakyat Melayu yang melarat boleh diajak melaksanakan projek pertanian untuk keuntungan negara dan rakyat, asal sahaja kerajaan ada iltizam. Janganlah apa yang berlaku di MAHA diulangi lagi. Hampir kesemua produk itu datangnya daripada mana? Siapa yang menyediakan nangka besar, cempedak besar, tembikai besar dan apa bagai lagi yang besar-besar? Orang Melayukah?

Kita tidak perlu peduli sangat orang lain kerana hakikatnya golongan paling ramai dan terbanyak miskin di negara ini adalah Melayu. Jadi, tolonglah Melayu dengan cara sebenar-benarnya!

Janganlah diamalkan kaedah potong sebagai jalan singkat untuk mengatasi masalah negara dan rakyat. Seperti memotong kaki kerana kencing manis!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10