nuffnang ads

Monday, December 6, 2010

SHARIZAT JALIL PERTIKAI REMAJA 14 TAHUN KAHWIN: JANGAN SILAP KRITIK SEHINGGA MENGHINA AGAMA

Kata orang ketika kita membuka mulut, buka sekali pintu akal supaya setiap patah perkataan yang terkeluar daripada mulut mencerminkan keilmuan agar kita tidak dituduh sasar atau lebih teruk dipanggil sesat!

Mak cik Sharizat jangan cuba pertikai kewibawaan Mahkamah Syariah yang memberi kebenaran kepada Siti Maryam Mahmood untuk berkahwin dengan suaminya - semata-mata kerana remaja itu berusia 14 tahun.

Mak cik Sharizat juga jangan tersilap menegur soal kemampuan seorang remaja menjadi seorang isteri. Ukuran kemampuan menjadi seorang isteri sebenarnya bukan terletak pada usia! Ada perempuan yang berkahwin pada usia 30 tahun pun, bercerai selepas seminggu bernikah! Ini realiti.

Hal lain yang wajib Sharizat fikirkan sebelum bercakap ialah, berlakukah perkahwinan seperti ini setiap hari atau setiap bulan di negara kita sehingga dia kelihatan rungsing sangat?

Perkahwinan membabitkan remaja 14 tahun ini hanyalah kes terpinggir dan jauh lebih kecil jumlahnya berbanding kes budak 12 tahun dan 11 tahun yang melakukan hubungan seks, tapi tidak dapat dikawal dan ditangani oleh kementerian Sharizat setiap tahun.

Sharizat juga jangan cepat beronggeng dengan tari NGO yang hanya memberi pendapat berdasarkan buku universiti tapi tidak menjadikan buku kehidupan realiti sebagai asas memberi pandangan atau melontar kritikan.

Perlu kita fahami dan akur bahawa Siti Maryam Mahmood adalah pelajar sekolah agama yang mendapat kebenaran mahkamah untuk berkahwin. Suaminya pula seorang guru di sebuah sekolah rendah yang berusia 23 tahun. Perkahwinan mereka dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula turut hadir dan tidak menyifatkan perkahwinan itu sesuatu yang salah di segi Islam.

Jadi kita tertanya pula? Sharizat ini siapa? Benarlah dia seorang menteri tetapi jangan melangkaui keilmuan menteri lain khususnya Jamil Khir yang pernah memegang jawatan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (kagat). Memepertikaikan perkahwinan Siti Maryam, sama mempertikaikan tanggungjawab Jamil Khir  Baharom! Jangan sampai dikatakan orang, kawan tikam kawan.

Sebenarnya dalam negara ini isu itu hanyalah di hujung jari dan terlalu banyak dan besar benda lain yang belum siap untuk Sharizat fikir dan laksanakan.

Contohnya, sebegitu banyak kes sumbang mahram dan gadis bawah umur melakukan seks rambang dan mengandung di luar nikah. Kes anak lari rumah, kes anak tak mahu sekolah dan kes agihan bantuan tak sampai kepada keluarga susah. Ahhhh!...Kes sebegini lebih memerlukan perhatian Sharizat untuk membuka mulutnya.

Tentang kes Siti Maryam ini janganlah dia tersilap menegur, bimbang-bimbang terpercik ke muka sendiri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10