nuffnang ads

Tuesday, December 14, 2010

SEORANG LAGI MATI CUBA MENCURI MOTOSIKAL DI KELANTAN

BARU dua hari seorang disyaki pencuri motosikal mati dibelasah di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, hari ini seorang lagi pencuri motosikal mati selepas bergelut dengan orang ramai.

Kejadian itu berlaku di Kampung Alor Pasir, Tanah Merah, Kelantan kira-kira jam 1.45 pagi semalam. Seorang lelaki bernama Nor Azman Ubaidillah, 37, mati selepas bergelut ketika cuba melarikan motosikal milik seorang penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Abdul Aziz Mahmud, berkata keluarga di sebuah rumah terdengar seseorang cuba menghidupkan enjin motosikal milik mereka. Selepas diperiksa seorang lelaki sedang cuba memecut, namun ahli keluarga rumah berkenaan dapat menangkap tubuh lelaki itu.

Berlaku pergelutan dan ia turut membabitkan beberapa lagi ahli keluarga rumah pemilik motosikal dan jiran terdekat.

Menurut Abdul Aziz, polis yang menerima panggilan kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

Berdasarkan siasatan awal, Nor Azman didapati memiliki beberapa rekod kesalahan berkaitan dadah dan dia bekerja sambilan sebagai pemandu.

Berikutan kejadian itu, polis menahan 6 lelaki termasuk ahli keluarga pemilik motosikal yang cuba dilarikan oleh Nor Azman.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10