SELEPAS kapal dagang Malaysia dirampas minggu lalu, sebuah lagi kapal dagang dirampas oleh lanun Somalia semalam.
Kapal MV Jahan Moni, milik Bangladesh itu dirampas ketika dalam perjalanan membawa bijih nikel di Laut Arab semasa dalam perjalanan membawa komoditi mentah itu dari Singapura ke Eropah.
Ketua Jabatan Perkapalan Bangladesh Bazlur Rahman, memberitahu AP, sehingga kini tidak diketahui nasib kesemua anak kapal kerana kumpulan lanun itu tidak dapat dihubungi dan mereka juga tidak menyatakan tentang wang tebusan.
Bagaimanapun, kata Bazlur, kerajaan bangladesh sedang berusaha untuk menghubungi beberapa pihak bagi mencari maklumat berhubung kejadian itu dan nasib anak kapal yang terbabit.