SAH. Anak jati Kampung Jalan Kebun, Klang, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, 54, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor berkuatkuasa 1 Januari depan, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 59, yang telah bersara baru-baru ini.
Mohammed Khusrin adalah pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), berkelulusan ijazah sarjana muda Ekonomi dalam Pengajian Perniagaan, UKM. Sebelum ini beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting sebagai yang DiPertua majlis perbandaran Kuala Langat dan setiausaha sulit kepada bekas menteri besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Pelantikan beliau diumumkan Ketua Setiuasaha Negara (KSN Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Tempat Mohammed Khusrin sebagai Pengarah Jais akan diambilalih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussin, juga berkuatkuasa 1 Januari depan.
Menurut kenyataan KSN, pelntikan kedua-duanya telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.