PENDUDUK di beberapa bahagian di kawasan bandar di Pulau Pinang hari ini gempar apabila melihat beberapa mayat yang berbalut kertas suratkhabar lama, merayau-rayau sejak awal pagi.
Ada di antara mereka hampir pengsan, yang lain pula terkencing-kencing ketakutan manakala golongan perempuan pula bersembunyi di dalam tandas kerana terkejut dengan kehadiran mayat bergerak itu.
Namun semuanya lega apabila kemudian mengetahui mayat bergerak itu adalah manusia biasa yang digunakan untuk mempromosikan akhbar wilayah The New Straits Times (NST) di Pulau Pinang.