nuffnang ads

Monday, December 13, 2010

PENCURI MOTOSIKAL JADI ARWAH: TIGA ORANG AWAM DISERET MASUK LOKAP

TIGA penduduk kampung ditahan selepas seorag pemuda berusia 25 tahun mati dibelasah dalam satu kejadian di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, Kelantan jam 2 petang semalam.

Polis menahan ketiga-tiganya jam 6.40 petang kerana disyaki terbabit membelasah mangsa yang didakwa cuba mencuri sebuah motosikal ketika berada di bandar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pemuda terbabit dilihat penduduk cuba mencuri motosikal dan dia kemudian melarikan diri. Namun beberapa penduduk dan orang rama mengejarnya sehingga ke kampung.

Polis peronda yang terserempak dengan beberapa orang sedang mengerumuni sesuatu kemudian mendapati seorang pemuda terbaring disyaki mangsa belasahan. Mangsa dikejarkan hospital tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Menurut Abdul Rahim, pemeriksaan latar belakang mangsa mendapati dia mempunyai rekod jenayah termasuk kesalahan berkaitan dadah.

Bagaimanapun, beliau menasihati orang awam supaya tidak bertindak menggunakan tangan sendiri untuk menghukum, sebaiknya menyerah penjenayah yang ditahan kepada pihak berkuasa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10