Remaja 15 tahun ditahan disyaki rogol budak 6 tahun selepas tonton filem lucah-pix:SUD |
GARA-gara tak tertahan menanggung desakan nafsu membara, seorang remaja 15 tahun di Sarawak yang amat terangsang selepas menonton filem lucah, bertindak merogol seorang budak enam tahun tahun.
Remaja dari Matang Jaya itu, membuat pengakuan selepas ditahan pihak berkuasa. Sementara budak enam tahun itu pula menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibunya.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor mengesahkan dia dirogol dan kini ditahan di wad untuk rawatan lanjut.