Mazhazmi mendakwa dipaksa telanjang di depan pegawai penyiasat SPRM |
Bekas Pengurus Kanan Sime Darby Engineering, Mazhazmi Jamaludin yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan menerima RM200,000 daripada MLC Shipbuilding Sdn Bhd, memberitahu mahkamah dirinya didera ketika disoalsiasat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penguambelanya, Shamsul Sulaiman memberitahu mahkamah, anak guamnya itu mendakwa selepas ditahan oleh SPRM, tertuduh disuruh telanjang, ditutup matanya dan dipaksa melakukan beberapa aksi fizikal seperti berdiri di atas sebelah kaki di depan penyiasat.
Shamsul juga memberitahu anak guamnya mengadu pegawai penyiasat SPRM menghamburkan kata-kata "mampuslah kau nanti" sebelum dia dipaksa memberi kenyataan seperti dikehendaki oleh penyiasat berkenaan.