KETIKA banyak pihak meramalkan pilihanraya umum berlangsung depan, kurang pihak yang percaya pilihanraya itu sebenarnya akan berlangsung selepas 2011!
Percayalah, kemungkinan ini tidak boleh ditolak kerana Umno pada realitinya hanya mengaum untuk mengacah. Sebenarnya Umno pun takut berdasarkan banyak perkara luar duga yang kelihatan mula mencakar bagai duri yang bakal mengundang risiko kepada parti itu.
Kelembapan ekonomi tahun depan dan pengaruh Wikileaks yang dikatakan akan lebih banyak mengganggu tidur dan mimpi selepas ini antara halangan yang sedang difikirkan Umno. Bak kata orang, bala jangan dicari. Jadi sebelum lubang yang digali dimasuki diri sendiri, elok pilihanraya itu diadakan sehingga penghujung tempohnya.
Itu belum dikira kesan daripada isu Apco dan penggantungan empat ahli parlimen, termasuk ketua pembangkang. Jadi untuk sementara ini, perkara lebih afdal dibuat adalah menampal mana yang berlubang, menutup mana yang bocor.
Hakikatnya banyak pihak yang kena kencing dan mengelabah dibuatnya! hahahahahaha