MANGSA tikam 19 kali dan simbahan asid oleh seorang lelaki 42 tahun yang meroyan kerana cinta tak berbalas kelmarin, di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi, mahu membina hidup baru selepas dibebaskan daripada pusat pemulihan akhlak remaja.
Namun impiannya kini seolah-olah tercalar apabila terpaksa berdepan dengan kecederaan parah ditikam dan melecur terkena asid dalam tragedi hitam itu.
Kakaknya, Marlina, 29, memberitahu adiknya itu dihantar oleh ayahnya ke Pusat Tunas Bakti di Melaka pada tahun 2008 kerana sering ponteng sekolah.
Selepas dibebaskan awal tahun ini, dia dikatakan mahu membina hidup baru dan pada April lalu dikatakan bertunang dengan seorang pemuda 20 tahun.
Namun tentang kehamilannya yang dikatakan berusia enam bulan, Marlina berkata adiknya sendiri kurang pasti dan tidak tahu mengenainya!
Nur Ain yang kini dirawat dijangka akan menjalani rawatan khas pemulihan sel mati bagi memastikan kecederaan dialaminya akibat ditikam dan disimbah asid kembali pulih. Dia kini dikatakan stabil dan sudah boleh berkomunikasi walaupun menggunakan isyarat.