nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

PEREMPUAN KALAU BACA MESTI BANGGA: WANITA CURANG HANYA 15 PERATUS KANTOI, TETAPI LELAKI CURANG 20 PERATUS KANTOI

BERBANDING tanggapan ramai konon wanita mudah terperangkap oleh pasangan lelaki mereka jika berlaku curang sebenarnya tidak betul!

Sebaliknya peratus lelaki yang kantoi di tangan pasangan wanita masing-masing jika berlaku curang lebih tinggi.

Ini dibuktikan oleh satu kajian yang dilakukan di Britain. Mengikut kajian itu, hanya 15 peratus wanita akan tertangkap jika mereka curang, sebaliknya lelaki curang lebih tinggi dan berpotensi besar untuk dikesan!

Memetik Kaunselor Perkahwinan, Chen Han Xi, akhbar China bagaimanapun melaporkan kajian berkenaan turut membuktikan bahawa sebanyak 90 peratus perkahwinan akan berakhir dengan perceraian jika pasangan wanita terkantoi.

Sebaliknya jika pasangan lelaki terkantoi, perkahwinan masih boleh diselamatkan sehingga 50 peratus. Ini kerana wanita menganggap lelaki curang hanya pada faktor fizikal tanpa melibatkan emosi. Sebaliknya kalau wanita curang ia lebih menjurus kepada emosi, iaitu rasa kasih dan cinta mendalam kepada pihak ketiga.

Dibuktikan juga menerusi kajian yang sama, 1 daripada 10 lelaki yang ditangkap kerana curang, akan mengulangi semula perangai tidak semenggah itu.

Bagaimanapun, perkara paling penting diketahui menerusi kajian dilakukan itu ialah punca kenapa pasangan lelaki dan wanita curang dalam perkahwinan mereka. Wanita biasanya curang kerana dipengaruhi oleh masalah yang didepaninya dengan pasangan lelaki. Bagaimanapun, lelaki curang keseluruhannya kerana mudah tertarik kepada orang ketiga!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10