nuffnang ads

Friday, December 17, 2010

PEMIMPIN DAN KOMPETEN

TIBA-tiba sahaja kompeten menjadi perkataan
amat celaka di kalangan pemimpin kita
celaka amat-amat kompeten ini kerana
diucapkan pemimpin selatan negara
bak galah menjolok buah
yang menunggu gugurnya

tentang kompeten ini
lihat sahaja bagaimana pemimpin mengurus
ekonomi, sosial dan segala bagai
untuk negara dan rakyatnya
tentang pendatang asing yang melimpah ruah
sehingga berkahwin sesama mereka
dan meneran anak lalu sebahagiannya
di buang ke longkang bagai tisu
selepas malam pertama
juga tentang berkalinya mereka ditangkap
mengangkang di pusat SPA dan rumah hiburan
berkali juga ditangkap kemudiannya
pendatang asing dari China, Vietnam dan Indonesia
tak terhitung jari dan kalkulator
soalnya kenapa tidak selesai
dan usai?

Tentang dadah pun sama
dihukum mati sepuluh, esok lusa
datang lagi seratus menyuap dadah
ke mulut anak bangsa
tentang ekonomi 53 tahun selepas merdeka
janji DEB mahu hadiahkan 30 peratus ekuiti
kini Melayu hanya dapat di celah gigi
tentang perbelanjaan negara
audit setiap tahun laporkan salah guna kuasa
tentang tidak cukupnya kelapa menjelang raya
terpaksa diimport 1 juta dari luar negara
tentang tidak cukupnya gula
di tanah subur kita hanya hasilkan
1 peratus sahaja!
Tentang ribuan kedai runcit pendatang
yang memakan untung kedai anak watan
tentang katanya negara akan bangkrap
tentang segelas nescafe berharga seringgit lapan puluh
tentang segala-galanya menjadi tidak munasabah
selepas 53 tahun merdeka!
tentang ada kakitangan kerajaan
makan elaun 1Azam untuk rakyat yang lara
tentang ada pegawai jadi kaya raya
menjual pasport dan permit kerja
ahh..tentang kompeten ini memang celaka

pemimpin kompeten mestilah bijak mengurus
bukan menyalahkan rakyat jelata
pemimpin itu tugasnya menyelesaikan masalah
bukan dipilih untuk bermewah-mewah
dan menuding jari menunjuk salah

tentang kompeten dari mulut pemimpin selatan negara
kadang-kala jelas benarnya
soalnya sampai bila?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10