TAK tertahan matanya dijolok dengan sikap ibu sendiri yang bergelumang maksiat, melakukan dosa tidur bersama teman lelaki atau 'anak ikan' berusia 20-an, seorang anak perempuan menghubungi JAWI meminta ibunya segera diberi pengajaran.
Kejadian ini dilaporkan Harian Metro, di Presint 9, Putrajaya membabitkan seorang ibu tunggal 40-an yang dikatakan sering membawa pulang anak ikannya itu pulang ke rumah.
Wanita itu dipercayai telah lama membenarkan anak ikannya berenang-renang dalam bilik tidurnya walaupun menyedari wanita terbabit mempunyai anak perempuan berusia 20 tahun dan dua anak lelaki belasan tahun.
Bertindak atas maklumat anak perempuannya, JAWI menyerbu rumah wanita itu awal pagi kelmarin. Jam 2.50 pagi, wanita itu tercengang bagai badak dipakaikan cermin mata hitam!
Dia memberi pelbagai alasan termasuk kononnya anak ikan itu adalah saudaranya yang menumpang tidur sementara menunggu untuk mendapatkan pekerjaan. Namun alasannya tidak diterima apabila anak perempuannya selamba mendedahkan pemuda itu adalah penyedap ibunya!