Mayat mangsa langgar treler...pix-abdullah wahab/hm |
Dia meninggalkan salah seorang mangsa, berkecai tubuhnya. Mangsa dikenali Shahabudin Jaafar, 30, mati di tempat kejadian dengan anggota badannya bersepai, manakala adiknya, Shafarudin, 27, cedera ringan selepas berjaya melompat daripada motosikal.
Kejadian berlaku semalam di KM20.3 Lebuhraya Kesas, di susur keluar Bandar Puteri Klang. Ketika kejadian, kedua-dua beradik berasal dari Kuantan itu, dalam perjalanan ke tempat kerja dari Pelabuhan Klang ke Shah Alam.
Difahamkan, motosikal dinaiki mereka digesel treler yang dipandu laju dan kemudian mangsa diseret menyebabkan badannya berkecai.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.