nuffnang ads

Saturday, December 11, 2010

GARA-GARA BODOH, BENGAP, BANGANG DAN CEMBURU, BERBELAS PELAJAR BERTEMPUR SESAMA SENDIRI: SATU KOMA, TIGA DITAHAN POLIS

SATU kejadian bertempur sesama sendiri, ada di antaranya menggunakan senjata tumpul berlaku di sebuah stesyen minyak di Melaka awal pagi Rabu lalu, hanya kerana cemburu. Ia membabitkan pelajar sebuah sekolah yang sama.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun cedera parah di kepala akibat dibelasah dan kini koma serta terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berikutan kejadian, polis telah menahan tiga pelajar, seorang berusia 17 tahun dan dua yang lain 15 tahun semalam. Pelajar 17 tahun itu dibenarkan menduduki kertas peperiksaan SPMnya manakala dua yang lain ditahan reman bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata pihaknya menunggu mangsa pulih untuk mendapat gambaran sebenar tentang kejadian itu.

Sementara Pengarah Hospital Melaka (HM), Dr Narimah Nor Yahaya, berkata mangsa yang cedera parah di kepala dihantar ke HM jam 3.30 pagi. Bagaimanapun, akibat kecederaan serius dan koma, dia dihantar ke HKL menggunakan ambulans HM.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10