Khalid Kamaruzaman, dipilih The WorldBest CAT Graduate, menjulang nama UiTM, negara dan bangsa Melayu di mata dunia. |
SEORANG pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan sahaja membanggakan UiTM dan keluarganya, tetapi turut menjulang nama negara di persada dunia pendidikan bertaraf global, apabila dipilih sebagai pelajar terbaik dunia dalam peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT).
Khalid Kamarulzaman, 19, anak Selangor dianugerahkan "WORLDBEST CAT GRADUATE" di atas kejayaannya mendapat markah tertinggi 474 atau 95 peratus secara keseluruhan dalam lima kertas peperiksaan CAT yang didudukinya.
CAT adalah kelayakan antarabangsa yang ditawarkan oleh ACCA (Association of Chartered Certified Acccountant).
Khalid mendapat markah penuh dalam kertas Drafting Financial Statement (T6), 98 peratus dalam kertas Managing People and Systems(T5), 97 peratus bagi kertas Planning-Control & Performance Management (T7), 90 peratus bagi kertas Preparing Taxation Computations(T9) dan 89 peratus bagi kertas Managing Finances (T10).
TAHNIAH Khalid/UiTM: pix:nst/UiTM