nuffnang ads

Thursday, December 23, 2010

KALAU SAYA BERZINA DALAM KOC KERETAPI, SILA DEDAHKAN: ADUN SELISING

ADUN Selising Kelantan, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap berzina dengan isteri orang dalam koc keretapi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno online kelmarin yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul atau PAS membuat penjelasan.

Menurut Saipul Bahrin, jika benarlah ada laporan Majlis Agama Islam tentang perbuatan zinanya dengan isteri orang seperti didakwa itu, ia hendaklah didedahkan. Malah katanya, kalau ada video tentang zina itu pun beliau mahu ia didedahkan supaya semua tahu tentang kebenaran.

Katanya, apa yang dilaporkan portal Umno itu adalah fitnah semata-mata untuk menjatuhkan beliau yang dilakukan sejak sekian lama termasuk ketika pilihanraya 2008 lalu.

Saipul yang baru pulang dari Mekah tiga hari lalu telah mebaca semua blog milik Umno itu dan berharap jika ia satu kebenaran, hendaklah didedahkan kerana beliau sendiri sehingga kini tidak pernah terbabit dalam perbuatan zina yang difitnahkan itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10