nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

ORANG MELAYU SUSAH, MEREMPAT DAN MELARAT ADAKAH KERAJAAN TAHU DAN FAHAM?

ADAKAH kerajaan yang melaung-laungkan pelbagai slogan sehingga getar dan kocaknya menjulang tinggi melangit hari ini nampak dan terbuka biji matanya tentang kemelaratan orang Melayu?

Tentang kemiskinan orang Melayu dan kesengsaraan orang Melayu? Adakah kerajaan yang ada hari ini yang merupakan kesinambungan kerajaan sejak 53 tahun lalu yang pernah berjanji MEMBERIKAN 30 PERATUS EKUITI EKONOMI kepada orang Melayu tidak berasa malu atau aib kerana gagal melaksanakan apa yang telah dijanjikan itu?

Bangkitlah pemimpin Melayu. Kami anak-anak generasi Melayu telah muak dengan musim kesengsaraan yang sebegitu lama ini. Kami anak-anak Melayu telah jelak untuk mendengar pelbagai janji tentang transformasi dan cerita dungu tentang subsidi.

Kami mahu janji hari ini disusuli tindakan hari esok, bukan lusa atau bukan 53 tahun akan datang! Kami mahu hak kami memegang kuasa ekonomi di negara ini tidak diperlekehkan selepas sekian lama terbiar menjadi pak angguk dan pak turut yang pandir dan luncai!

Kami anak-anak Melayu akan terjemahkan permintaan ini dalam pilihanraya akan datang. Percayalah, kami tidak akan menunggu 53 tahun lagi untuk melihat bukti pelunasan janji. Kami akan cagarkan kepercayaan kami dengan harga yang lebih mahal dan tidak lagi semurah gula-gula seperti datuk nenek moyang kami yang telah diperdayakan oleh pemimpin bangsanya sendiri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10