nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

DATUK SERI KHIR TOYO AKUI KOS SARA HIDUP MENJADI-JADI AKHIR-AKHIR INI

BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo, keluar dari zon kebiasaan pemimpin politik UMNO/BN dan berhujah secara pemimpin yang rasional serta reti pada tuntutan rakyat, apabila menulis dalam blognya dengan mengakui kenaikan kos sara hidup rakyat kebelakangan ini amat menjadi-jadi.

Keadaan itu katanya berlaku dan ketara selepas kerajaan mewujudkan Makmal Rasionalisasi Subsidi, sehinggakan kenaikan harga barangan begitu menjadi ancaman dalam kehidupan rakyat.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Dr Khir juga menulis bahawa sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah untukmemenuhi kepuasan hati majoriti rakyat, bukannya untung rugi perniagaan GLC, hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip menerusi saman ekor.

Malah dengan jelas dan tegas nada tulisannya memberi ingat kepada kerajaan bahawa BN hanya ada SATU pilihan iaitu memuaskan hati golongan berpendapatan rendah dan tentunya dalam kes ini kerajaan mesti membuka mata kepada kemelaratan orang Melayu!

Turut disampaikan dalam blog itu adalah pesanan amat manis untuk BN agar pisang tidak berbuah dua kali - merujuk kepada sikap memandang enteng manifesto Pakatan Rakyat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10