nuffnang ads

Monday, December 20, 2010

NAHAS BAS: 1 MAYAT TAK DIKENALI, 27 DIKENAPLASTI: JUMLAH SEMUA MAUT 28 ORANG

HOSPITAL Raja Perempuan Bainun, telah mengenalpasti mayat 27 mangsa nahas di Cameron Highlands, hari ini tetapi masih belum mengetahui identiti satu lagi mayat yang dihantar pasukan penyelamat siang tadi. Kini jumlah sebenar maut dalam tragedi itu meningkat kepada 28 orang.

Kesemua mayat kini dtempatkan di hospital berkenaan, termasuk 11 yang cedera. Nahas bas ini adalah antara terburuk berlaku di negara ini.

Difahamkan, bumbung bas berkenaan tercabut manakala keseluruhan badan kenderaan itu remuk, manakala mayat ditemui bergelimpangan sehingga memaksa polis menutup 3 kilometer jalan masuk ke tempat kejadian.

Berdasarkan keadaan bas, tidak mustahil jangkaan awal seperti diluahkan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, bahawa bas itu dipercayai dipandu laju atau dalam keadaan breknya mengalami kerosakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10