nuffnang ads

Monday, December 20, 2010

ADA PIHAK DIKATAKAN TABUR MINYAK DI KAWASAN KEMALANGAN BAS

AHLI Parlimen Cameron Highlands, S K Devamany, yakin ada pihak tertentu mencurah minyak di beberapa kawasan di KM 15 menuruni pusat peranginan itu termasuk di kawasan yang menyebabkan sebuah bas pesiaran dua tingkat, remuk teruk mengorbankan 28 nyawa hari ini.

"Saya berani mengatakan memang ada pihak mencurahkan minyak di beberapa kawasan jalan berkenaan sehingga menyebabkan kemalangan" katanya ketika ditemuramah TV3.

Malah Devamany sendiri pernah terbabit dalam kemalangan di kawasan berkenaan dan terlihat kesan curahan minyak, dipercayai dilakukan pihak tertentu yang mempunyai tujuan mencari keuntungan!

Berdasarkan keadaan teruk menimpa bas itu, pelbagai pihak menggelengkan kepala bagaikan tidak percaya ia boleh berlaku sedemikian sehingga mencatat titik hitam dalam sejarah pengangkutan di negara ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, juga mengakui bas berkenaan dikatakan berpusing beberapa kali tetapi turut melahirkan kehairanan dengan impak kerosakan yang berlaku. Katanya, impak kerosakannya teramat teruk dan sukar dibayangkan.

Devamany pula menggesa pihak berkuasa segera menyiasat dakwaan kemungkinan pihak tidak bertanggungjawab mencurahkan minyak bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan meragut nyawa berlaku di sepanjang jalan itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10