SEORANG pemandu treler maut apabila kenderaan dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Teriang Besar di KM13, Jalan Mersing-Endau, Johor malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Sakiman Sakip, 50-an, gagal mengawal kenderaannya akibat jalan licin selepas hujan berterusan sejak petang sebelumnya.
Dia dikatakan dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menuju ke Batu Pahat Johor.