nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

MENJELANG KRISMAS ESOK: HARAM UMAT ISLAM PAKAI PAKAIAN SANTA CLAUS!!!

RAYA, raya juga. Tapi ingat, sesiapa umat Islam yang memakai pakaian Santa Claus atau menyerupai Santa Claus adalah haram hukumnya.

Peringatan ini diberikan oleh Mufti Johor, DatukTahrir Shamsudin yang menyifatkan pemakaian pakaian Santa Claus adalah bercanggah seruan nabi Muhamad SAW, sekaligus menyalahi agama Islam.

Peringatan ini wajar diulangi kerana setiap kali meraikan Krimas atau hari Natal bersama rakan-rakan beragama Kristian, ada sahaja umat Islam yang terlepas pandang mengenainya.

Memeriahkan perayaan itu untuk kebaikan perpaduan sesama rakan, kawan-kawan itu amat baik jika diukur pada nilai persahabatan sesama manusia, namun agama kita ada batasnya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10