nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

ISTERI ORANG 50-AN DITANGKAP KHALWAT LELAKI IRAQ DI LANGKAWI

APA ni kak? Statistik baru sahaja dikeluarkan. Lelaki negara ini lebih ramai dari wanita dan nisbahnya, 105:100. Apasal akak ajak jantan Iraq pulak buat maksiat dalam hotel?

Seorang wanita 50-an yang juga isteri orang ditahan kerana berkhalwat dengan seorang lelaki Iraq di sebuah bilik di hotel empat bintang di Kuah, Lagkawi, malam kelmarin.

Pasangan itu ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL) selepas menerima maklumat orang ramai memaklumkan ada pasangan bukan muhrim sedang bersedap-sedapan.

Ketika pintu bilik diketuk, seorang lelaki Iraq berusia 46 tahun membuka pintu tetapi seorang wanita yang ada di dalam bilik itu kelihatan pucat lesi, panik dan berhati rusuh!

Pegawai penguatkuasa dikatakan menemui dua kondom yang SUDAH digunakan, sekaligus menyakinkan mereka bahawa pasangan berkenaan memang ada melakukan gusti di dalam bilik berkenaan.

Difahamkan, wanita itu yang berasal dari Selangor mempunyai dua anak, tetapi masih bersuami. Dia memberi alasan untuk menjalankan perniagaan, tetapi sebaliknya dia memasuki pertandingan gusti haram!

Kedua-dua kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuah, untuk proses laporan penangkapan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10