nuffnang ads

Monday, December 13, 2010

MEMALUKAN: SHARIZAT SIBUK KES SITI MARYAM, TAPI PROJEK 1AZAMNYA BAGI ELAUN KEPADA ORANG YANG TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA!

TUHAN menunjukkan sesuatu kepada Sharizat Jalil. Program 1Azam yang menawarkan bantuan elaun wang tunai kepada golongan susah dan memerlukan, rupanya telah menimbulkan satu perkara yang amat-amat memalukan.

Ketika Sharizat sibuk membebel fasal Siti Maryam kahwin muda, dia terlupa rupanya pegawai-pegawai yang diberi tugas menjalankan amanah menyalurkan elaun 1Azam telah tidak menjalankan tugas mereka dengan betul.

Keadaan ini terbongkar apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan di Sabah, Datuk Bobbey Suan, mendedahkan dalam satu majlis penyampaian surat elaun 1Azam di Nabawan baru-baru ini, terdapat 102 orang sepatutnya tidak layak menerima bantuan itu telah disenaraikan! Paling memalukan ada juga mereka yang telah lama meninggal dunia turut diberi surat menerima elaun bantuan itu!

Menurut Bobbey beliau sendiri terkejut kerana ada pula golongan susah yang sepatutnya mendapat bantuan tidak disenaraikan. Paling jelik lagi, senarai digunakan pegawai yang menjalankan amanah itu adalah senarai tahun 2000 - 10 TAHUN YANG LALU!

Tolonglah Sharizat! Entah berapa ribu lagi golongan orang telah senang masih menerima elaun 1Azam ini di seluruh negara! Dan menjadi pertanyaan lagi,  siapa pula yang mengambil wang bagi mereka yang telah meninggal dunia, tapi masih disenaraikan? Tak kanlah wakil daripada SPRM?

Ini maknanya, Tuhan telah menunjukkan sesuatu wahai Yang Berhormat Sharizat. Selesaikanlah masalah yang lebih besar daripada sibuk bercerita masalah terpinggir seperti perkahwinan Siti Maryam. Tolonglah ya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10