nuffnang ads

Wednesday, December 8, 2010

MELAKAKU GEMILANG: RUMAH DI DALAM AIR DAN PONDOK DI TANAH WAKAF

Di Melaka, rumah di dalam air bukan cerita pelik. Ia berlaku sejak lebih 20 tahun lalu di Masjid Tanah
Dulu pernah menarik beca, tapi kini beca hidupnya ditongkah begini...Wahid perlukan bantuan kerajaan Melaka yang maju itu

MELAKAKU GEMILANG kali ini memaparkan kisah dua dukacita di dua tempat berbeza di Melaka yang turut mendapat perhatian Harian Metro.

Kisah pertama tentang kedaifan hidup seorang warga emas, Wahid Kaba, 91, yang tinggal di sebuah pondok buruk di atas tanah wakaf di belakang Masjid Kampung Pasir Puteh, Bachang, Melaka.

Sebelum ini Wahid tinggal di tapak rumah asalnya berhampiran pondok itu, tetapi selepas anaknya berkahwin pada tahun 1984, dia berpindah kerana enggan mengganggu keselesaan anak dan menantunya.

Pondok didiami Wahid tidak mempunyai bilik, malah tempat tidurnya juga digunakan sebagai dapur. Berikutan kedaifan itu, Wahid merayu moga kerajaan Melaka yang telah maju itu dapat membantunya mendapatkan sebuah rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Wahid yang juga golongan OKU kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua tangan dan kakinya, kini hanya bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan. Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai penarik beca selama 40 tahun, namun kini beca hidupnya ditarik perlahan-lahan oleh sebuah kesempitan hidup.

Kisah kedua pula berlaku di Alor Gajah. Ia kisah biasa, tetapi membawa seribu derita.Seorang suri rumah, Nora Dollah, 42, mengeluh apabila rumahnya dinaiki air setinggi 0.8 meter di Kampung Belimbing Dalam , Durian Tunggal.

Telah 20 tahun tinggal di situ, masalah yang sama sentiasa datang menghantui keluarganya termasuk juga empat keluarga lain yang berdekatan.

Banjir yang berlaku itu bukan sahaja menyebabkan dia kerosakan peralatan rumah tetapi mengalami kerugian kerana ikan di kolam yang dipeliharanya turut lesap dibawa air.

Kerajaan Melaka yang hanya sebuah negeri kecil haruslah melihat dukacita ini sebagai sebahagian daripada keutamaan yang perlu diberi perhatian. Duka rakyat siapalah tahu?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10