DI SEBALIK penafian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa agensi itu tidak melakukan penderaan ke atas bekas Pengurus Kanan Sime Darby, Mazhami Jamaludin ketika menjalankan soalsiasat ke atasnya, Mazhami kembali lebih spesifik dengan dakwaannya.
Malam tadi peguam beliau, Shamsul Sulaiman, dilaporkan memberitahu The Malaysian Insider (TMI), bahawa anak guamnya itu sebenarnya ada membuat laporan polis mengenai penderaan speerti didakwanya.
Malah dalam laporan itu menurut peguamnya, Mazhazmi mendakwa beliau didera oleh Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Jamidan Abdullah pada hari terakhir beliau direman.
Ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi, peguamnya memberitahu anak guamnya mendakwa didera secara fizikal oleh pegawai SPRM ketika disoasiasat, termasuk diarah telanjang dan diminta berdiri sebelah kaki menghadap pegawai penyiasat.
Namun sejurus laporan mengenai dakwaan itu disiarkan oleh media, SPR tampil membuat penafian selain berkata akan membuat laporan polis ke atas Mazhazmi kerana membuat dakwaan apa yang didakwa sebagai tidak benar.
Namun perkembangan malam tadi, menerusi laporan TMI yang memetik peguam bekas pengurus itu mengulangi dakwaan anak guamnya dan dengan spesifik mendakwa Pengarah Operasi Khas SPRM terlibat, kes ini dilihat semakin panas.