Pemuda ini ditahan polis selepas terdengar dia memberitahu rakannya yang dia ada membawa bom dalam begnya!!-SUD |
Percakapannya itu bagaimanapun didengar oleh seorang pengawal keselamatan. Pegawai unit keselamatan pun dimaklumkan.
Pemuda berkenaan terus dicekup dan dibawa ke bilik pemeriksaan. Dia mendakwa hanya bergurau, tetapi pemeriksaan tetap dilakukan.
Bagaimanapun, selepas berpuas hati dia tidak membawa barangan berbahaya, bahagian keselamatan lapangan terbang menghantarnya pula ke Balai Polis Simpang Tiga.
Nah...di sana dia terpaksa menjawab dan terpaksa pula disumbat ke dalam lokap. Moral cerita ialah cakap siang pandang-pandang. Satu lagi, jangan cuba membuat lawak bodoh di tempat yang tidak sepatutnya!