nuffnang ads

Tuesday, December 14, 2010

JURUTERBANG PELATIH TERBUNUH: PESAWAT TERHEMPAS

SEORANG juruterbang pelatih PDRM terbunuh apabila pesawat diterbangkannya secara solo terhempas di satu kawasan bekas lombong di Kampar, petang tadi.

Inspektor Mohd Shukri Othman, 31, terbunuh di tempat kejadian apabila pesawat jenis Robinson 44 (R-44) terhempas sejurus berlepas dari pusat Latihan Penerbangan di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul aziz Salleh, mengesahkan kejadian. Mohd Shukri yang berasal dari Pulau Pinang menyertai latihan penerbangan PDRM itu tahun ini meninggalkan seorang isteri dan seorang anak.

Dia berlepas dari pusat penerbangan pada jam 2.15 petang tadi tetapi selepas 15 minit di udara, beliau menghubungi pusat kawalan memaklumkan pesawat dipandunya mengalami masalah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10