nuffnang ads

Friday, December 17, 2010

KISAH BENAR: SURAT KE 21 SEORANG BANDUAN KEPADA ISTERINYA.


assalamualaikum,

KHAS UNTUKMU...
Untuk kali yang ke 21 ini aku tidak dapat berkata apa-apa, cuma aku ingin beritahu tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya.....aku harap kau dapat menghayati kata-kata aku ini. Beginilah ceritanya......Di antara tanda-tanda daripada wanita yangg solehah itu ialah ketaatannya kepada suaminya. Taat kepada suami mempunyai tempat yang kedua setelah taat atau patuh terhadap perintah dan larangan Allah. Diukur sejauh mana isteri dapat menyelesaikan kewajibannya terhadap suaminya, Sesunggguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya...Dan jika suaminya memerlukannya, sedangkan pada waktu dia berada di atas kenderaannya, maka tidak boleh si isteri menolaknya...(hadis riwayat Thabrani)

Dan juga bahawa siapa sahaja isteri yang dengan penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah, maka ia berhak memperolehi balasan syurga. Dan juga jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan menjaga kemaluannya daripada perbuatan haram dan dia taat kepada suaminya, maka akan dipersilakannya ia masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang dikehendakinya...? Kalau sebaliknya, neraka jahanamlah tempat si isteri tadi.....dan apabila seorang isteri meninggal dunia dan suami redha kepadanya maka ia akan masuk syurga. Akan tetapi bagi isteri yang semasa hayat hidupnya tidak melaksanakan tugasnya dengan baik berdasarkan perintah Allah, maka ia akan memperolehi kehinaan di sisi Allah...dan juga Rasulullah SAW bersabda jika seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya...ketika akan meninggalkan rumahnya dia berpesan kepada isterinya. Janganlah kamu meninggalkan rumah semasa aku tiada? Dan janganlah si isteri tadi membuat perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala semasa peninggalan suaminya...Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang paling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri bapa dan ibu serta keluarganya yang lain.....

Zah, aku harap kau dapat menghayati kata-kata ini dan juga kau renungkan baik-baik kerana yang hidup pasti mati. Oleh itu aku di sini berdoa kepadamu semoga kau dapat menilaikan yang mana baik buruknya. Zah mengapa kau sepi tanpa berita....? aku fikir mungkin kau sibuk, tetapi kalau kau sibuk sekalipun, takkanlah sepucuk surat kau tak dapat layangkan untuk aku di sini? Zah..bagaimana dengan anak-anak aku dan anak kau adakah mereka semuanya sihat? Aku harap mereka semuanya sihat dan juga adakah mereka tanya pada kau mana ayah mereka pergi? Zah..di sini aku ingin meminta sekeping gambar.....kerana aku rindukan mereka semua..lebih-lebih lagi mak budak itu. Di sini aku ingin pesan pada kau semasa aku tiada di sisi kau pandai-pandaiulah menjaga diri kau. Jangan sampai digoda syaitan. Zah sebelum aku mengundur diri sampaikan salam aku pada yang mengenali diri aku, lebih-lebih lagi kak Long dan bang long. Bersua lagi di lain hari, mungkin surat yang keberapa pun aku tak tahu. Setakat ini sahaja yang aku dapat tuliskan untuk kali ini. Harap maaf siapa yang terlibat dalam soal ini.....?


Assalamualaikum.                                                                                     Yang sepi

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10