ORANG ramai terutama mereka yang tinggal di Pulau Pinang diminta tidak membuat andaian silap mengenai identiti seorang hakim mahkamah syariah yang ditangkap khalwat dan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pulau Pinang, kelmarin.
Ini kerana ada di antara orang ramai menyangka suspek yang ditahan penguatkuasa jabatan agama itu adalah Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Yusof Musa.
Ingin dijelaskan Datuk Yusof bukanlah suspek yang ditahan itu dan beliau tidak ada kena mengena atau terlibat dengan kes berkenaan.
Penafian ini bertujuan menjelaskan kerana ada pihak tertentu salah faham ekoran kes penahanan seorang hakim bersama pasangannya masing-masing berusia 30-an dan 40-an di sebuah kuarters kerajaan pada 5 Disember lalu.
Yusof berkata, penjelasan itu perlu kerana masih ada pihak yang membuat spekulasi bahawa individu yang terbabit adalah dirinya.
Kesian Tok Yusof..