nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

KEBAKARAN CAWANGAN BSN SEREMBAN: WANG DALAM PETI HILANG RM200,000

KEBAKARAN yang berlaku di sebuah cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Seremban, kelmarin menimbulkan tanda tanya. Ini kerana selepas kebakaran berlaku, pengurus cawangan bank itu dilaporkan membuat laporan polis mengenai kehilangan wang RM200,000 di dalam peti besi di bank berkenaan.

Pengurus berkenaan yang menyedari kebakaran, terus memeriksa wang berkenaan tetapi terkejut apabila mendapati ia telah hilang. Satu laporan polis telah dibuat.

Sementara itu, ada saksi juga dilaporkan mendengar bunyi letupan kuat sejurus kebakaran berlaku ketika dia mengeluarkan wang di sebuah mesin ATM di bank berdekatan.

Kini kehilangan wang itu masih menjadi misteri. Adakah ia dicuri ketika kebakaran atau kebakaran itu sendiri berpunca daripada tindakan khianat bertujuan untuk melarikan wang berkenaan?

Ketika kebakaran, cawangan bank berkenaan difahamkan sedang menjalani proses pengubahsuaian dan tiga lelaki dipercayai pekerja diselamatkan Bomba dan Penyelamat ketika mereka terperangkap di tingkat atas.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10