nuffnang ads

Friday, December 24, 2010

HARAMKAN LAMPU TERBANG (KUNGMING LANTERN) DI SIBU

Haramkan lampu Kungming atau lampu terbang kerana kini ia dikenali sebagai lampu maut yang boleh mengundang bahaya apabila terbang ke udara.
KETIKA banyak negara termasuk China telah mengharamkan permainan lampu terbang atau lampu Kungming, penggunaannya di Sibu masih berleluasa.

Berikutan itu, Ahli Parlimennya, Wong Ho Leng, menggesa pihak berkuasa tempatan bertindak segera kerana lampu terbang itu boleh membawa maut kerana ia mudah menjadi punca kebakaran.

Menurut Wong, lampu berkenaan yang mudah dibeli pada harga RM5 seunit boleh terbang setinggi 1,000 meter di udara dan jika terkena kabel eletrik atau bahan mudah terbakar akan mencetuskan bencana kebakaran yang buruk.

Beliau meminta pihak berkuasa tempatan di Sibu mencontohi pihak berkuasa tempatan Miri yang telah bertindak mengharamkan lampu berkenaan yang dikenali kebelakangan ini sebagai lampu maut.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10