Azwan yang mengaku gay terima ancaman bunuh |
AZWAN Ismail, 32, jurutera yang membuat pengakuan berani bahawa dirinya seorang gay minggu lalu, kini berasa bimbang tentang keselamatannya.
Selepas pengakuannya ditatap ratusan ribu pengunjung YouTube, Azwan menerima beberapa ugutan bunuh, termasuk ada yang memberi alasan pengakuannya itu telah mencerca dan menghina Islam.
Kini dia tidak lagi bersendirian ke luar dan segalanya tentu terasa amat janggal apabila hidup menjadi tidak lagi tenteram.
Azwan membuat dakwaan ancaman ke atas nyawanya itu kepada Assoiciated Press (AP) sejurus rakyat negara ini yang majoritinya beragama Islam tidak dapat menerima pengakuannya secara berterus-terang yang dia seorang gay.
Kata-katanya, Saya Gay Tapi Saya Okay, tidak dinafikan telah menyinggung perasaan banyak pihak dan tentulah bukan sesuatu yang pelik kalau beliau menerima ancaman sebegitu kerana hati manusia tidak sama.
Bagaimanapun, Azwan harus bijak kembali untuk meneruskan kehidupan secara aman dan tenang. Setiap manusia berhak untuk aman dan tenang di dunia. Masalahnya bersediakah Azwan berdepan sebegitu banyak kecaman dan mereka yang mahu mempertahankan Islam agar tidak dicemari unsur-unsur yang dibawanya itu?